Uwais al-Qarni adalah di kalangan tabi’in (hidup selepas kewafatanRasulullah SAW, dan bertemu dengan para sahabat). Sejak dilahirkanbeliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalahyang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalamwasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab danSaidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:“Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangatmakbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yamandan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilahdia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamuberdua.”Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut sayaminta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamuminta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT)ampunkan dosa-dosa kalian”.Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggukafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemudengan Uwais al-Qarni.Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiadaciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orangyang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidakketahui..Kisah Uwais al-QarniBeliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunyamempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudratyang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorangdiri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supayamengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencariperbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untukpergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor untayang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yangdiletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakanyang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah taklama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapatmengerjakan haji”.Uwais mendapat satu ilham... Dia membeli seekor anak lembu yang barulahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok)di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuklembu itu di atas bukit).Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu untuknaik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turundari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari.Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat diaberi lembu itu makan.Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan diagila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudiansetiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagisekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepasenam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan danbadan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembuseberat 100 kilogram turun dan naik bukit.Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji,rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawaibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampaike Mekkah dengan kedua tangannya.Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, rotidan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dandipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50 kilogram.Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannyadari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafahdengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan keduatangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoasepanjang kamu berada di Mekah?”.Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkansemua dosa-dosa ibu”.Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga,cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT)hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.Uwais kata" “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yangjadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti sayatidak bersyukur dengan Allah (SWT) Ta’ala”.Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintahibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan danberdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT)sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapikerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkanyang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopakdi seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagianlehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepadaSaidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwaisal-Qarni.Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dandarjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya palingmakbul.Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwaismendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais punmendoakan mereka berdua.Doa paling utamaIbrah dari kisah Uwais al-Qarni dan pertemuannya bersama Saidina Umaral-Khattab dan Saidina Ali menggambarkan kepada kita tentangkepentingan doa untuk kita meminta dosa kita diampunkan.Jika dilihat secara logik, Aisyah dan Umar serta Ali merupakan orangyang sudah dijamin akan masuk syurga, tapi mengapa Baginda SAWmenyuruh mereka berdoa untuk diampunkan dosa.Justeru nak menunjukkan kepada kita tentang pentingnya doa ini. Selalukita meminta hal-hal dunia, tetapi jarang kita menitikberatkan doasupaya dosa kita diampunkan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhanyang doa amat mudah dimakbulkan, Rasulullah SAW selalu berkata kepadaisteri-isteri Baginda SAW dan para sahabat:فيعجبا لمن أدرك رمضان فلا يغفر الله“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnyakepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan dosa-dosanya tidakdiampunkan”Aisyah RA teringin sangat bertemu malam al-Qadr,lalu dia bertanyakepada Nabi SAW: "Bilakah berlaku malam Qadar?”Nabi SAW bertanya kepada Aisyah RA semula: “Apa yang kamu nak buatbila kamu bertemu dengan malam Qadar?”.Aisyah RA menjawab: “Saya tak tahu”Kemudian Aisyah bertanya lagi: “Apakah yang patut saya buat bilabertemu dengan malam Qadar itu?”.Nabi SAW berkata kepada Aisyah: “Malam itu malam yang amat baik untukberamal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah (SWT) doanya”.Aisyah bertanya lagi: “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoapada malam itu?”Nabi SAW menjawab: “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malamitu ialah malam Qadar berdoalahاللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني(Allahumma innaka ‘afuwwun karimun tuhibbul ‘afwa fa’fu‘anni)“Ya Allah (SWT), Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Engkau sangat suka mengampun maka ampunkanlah dosa-dosa ku”Oleh itu, doa yang paling utama dan dikesempatan Ramadhan ini,mohonlah keampunan sebanyaknya kepada Allah SWT dengan doa yang telah Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah RA.
Semoga amalan kita diterima dan tidak tergolong dalam golongan yangNabi SAW katakan tentang kehairanannya apabila sudah masuk Ramadhandosa-dosa golongan ini tidak diampunkan.تقبل الله منا ومنكم.. آمين يا رب العالمينWallahu a’lam.Kisah selanjutnyaUwais hanyalah seorang pengembala kambing biasa. Sekali pandang, tiadaapa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarahhebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkatdirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendirimengiktiraf bahawa memang benar Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit,bukan manusia di bumi!Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-Qarni tinggal di negeriYaman. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggalbersama seorang ibu yang sudah tua dan lumpuh.Malahan, ibu tua itu telah buta dan hanya bergantung harap pada Uwaisuntuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranakmeneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Walaupun miskin, Uwaiskaya dengan budi bahasa dan amanah.Justeru, dia menjadi kepercayaan orang untuk menjaga ternakan merekapada waktu siang. Upah yang diterima hanya cukup untuk menampung makanpakai mereka sehari-hari. Jika ada terlebih, Uwais akan membantutetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dirinya.Selain itu, Uwais terkenal sebagai seorang anak yang taat kepadaibunya dan juga taat beribadah. Dia seringkali berpuasa dan malam harimasanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepadaAllah. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluhdan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkaralain.Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu keinginan. Dia ingin sekaliberjumpa sendiri dengan Rasulullah SAW. Malah, hatinya merasa sedihsetiap kali mendengar cerita jirannya yang dapat bertemu denganRasulullah SAW. Apakan daya, dia tidak boleh meninggalkan ibunya yanguzur dan Uwais redha dengan keadaan itu. Kecintaannya kepadaRasulullah juga bukan calang-calang.Ketika mendengar Rasulullah SAW tercedera dan gigi Baginda patah didalam perang Uhud, Uwais lantas mengetuk giginya dengan batu sehinggapatah. Ini sebagai ungkapan cintanya kepada Nabi Muhammad SAWsekalipun dia tidak pernah bertemu dengan Baginda. Kerinduan dankecintaan kepada Nabi SAW menyebabkan dia bertanya sendiri, bilakahdia akan bersua muka dengan kekasih Allah yang agung itu.Tetapi seketika kemudian, Uwais kembali sedar bukankah tanggungjawabutamanya adalah berbakti kepada ibunya yang sudah uzur. Mana mungkindia tegar meninggalkan wanita itu keseorangan. Lagipun, ibu itu amatdikasihi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh saban hari.Sekian waktu berlalu, kerinduan kepada Nabi SAW yang selama inidipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datangmendekati ibunya, memberitahu keinginannya dan memohon izin sertarestu agar dapat pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah.Ibunya merasa terharu mendengar permintaan Uwais dan berkata,“Pergilah wahai Uwais, Temuilah Nabi di rumahnya. Kelak, selesaiberjumpa dengan Baginda, segeralah engkau pulang ke pangkuanku.”Izin itu diterima Uwais dengan gembira. Segera dia berkemas untukberangkat. Dia menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepadajiran agar menemani ibunya selama dia pergi. Sesudah bersalaman danmencium ibunya, Uwais pun berangkat ke Madinah.Setelah melalui perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di kotaMadinah. Dia terus menuju ke rumah Rasulullah SAW dan mengetuknya.Salamnya dijawab seorang wanita. Itulah Siti Aisyah r.a. DikhabarkanRasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medanpertempuran. Kecewalah Uwais. Dari jauh dia datang namun Nabi tidakdapat ditemuinya.Kerana teringatkan ibunya yang sudah tua, hati Uwais serba salah.Perlukah dia menunggu Rasulullah? Di telinganya terngiang-ngiangkata-kata ibunya yang menyuruh dia lekas pulang. Apa khabar ibunyakini? Akhirnya kerana ketaatan kepada ibunya, Uwais berangkat pulangdengan segera.Kepada Aisyah, dititipkan pesanan dan salam untuk Rasulullah. Tidaklama kemudian, Rasululullah SAW pulang dari medan peperangan.Kedatangan Uwais disampaikan oleh Aisyah.“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang taat pada ibunya. Dialah penghunilangit,” ujar Baginda SAW. Siti Aisyah dan sahabat tertegun. Nabiberkata lagi: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlahdia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.”Sesudah itu Nabi SAW memandang kepada Ali ra dan Umar ra serayaberkata: “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doadan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan AbuBakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika,khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni,penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itukepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, KhalifahUmar ra dan Ali ra selalu menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakiryang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambingdan unta setiap hari. Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Alir.a, selalu menanyakan dia?Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawabarang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersamamereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat adarombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar radan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarniturut bersama mereka.Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersamamereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota.Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergimenjumpai Uwais Al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada,Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwaissedang solat.Usai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambilmendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untukbersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segeramembalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yangberada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan olehNabi SAW.Memang benar! Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAWbahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ramenanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais,mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah.Tapi siapakah namamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Namasaya Wajah Uwais Al-Qarni”.Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggaldunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilahdagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwaismembacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan diaberkata kepada Khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa pada kalian.”Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke siniuntuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabatini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakanistighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkanwang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya.Segera sahaja Uwais marah dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari inisaja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hambayang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya,pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yangberebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempatpembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yangmenunggu untuk mengkafannya.Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sanaternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai.Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebutmengangkat jenazah dan mengiringinya.Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman.Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidakdikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahadsedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidakdihiraukan orang.Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkanke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siapmelaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai UwaisAl-Qarni?Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang takmemiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagaipenggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkaumenggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asingyang tidak pernah kami kenal.Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalahpara malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazahdan pemakamanmu.”Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yangberlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman.Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni.Di hari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yangtelah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalahpenghuni langit.

No comments:
Post a Comment