Instagram

notice

Intend reading because Allah and His knowledge is extensive. This sharing may be our witnesses later in the day count, insya-Allah ^^

Thursday, March 28, 2013

Medicine of Heart


Peribadi berzikir, zikir jadi perbadiannya
Allah tujuannya, Rasullullah saw teladan dalam hidupnya
Dunia ini pun, menjadi Syurga, sebelum syurga sebenarnya
Bumi, menjadi Masjid baginya. Rumah,bilik bahkan 
hotel menjadi Mussolah baginya tempat dia berpijak, 
meja kerja, kamar tidur hampar Sejadah baginya
kalau die berbicara, bicaranya Dakwah
kalau die berdiam, diamnya Zikir
nafasnya Tasbih. matanya penuh Rahmat Allah, penuh kasih sayang
telinganya Terjaga. fikirannya Baik Sangka
tidak sinis, tidak bersinis dan tidak suka membonis
Hatinya, subhanallah. Diam2 berdoa, doanya diam2
tangannya Bersedekah, kakinya Berjihad, tidak mahu melangkah sia2
kekuatannya, sillarutrahimkerinduannya, Tegakkan syariat Allah, kalau memang hak tujuannya, maka sabar dan kasih sayang strateginya

Cita-citanya tertinggi teragung, syahid dijalan Allah
Dan sungguh menarik, kesibukkannya, dia hanya asyik memperbaiki dirinya tidak tertarik mencari kekurangan, apa lagi aib orang lain

hadirilah majlis2 zikir...
raihlah peribadian berzikir dengan selalu hadir menikmati 
hidangan hidayah Allah terlazat, Zikrullah








Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: "Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."

No comments:

Post a Comment